Alhamdulillah…………..
Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam….dengan limpah kurniaan rahmat dan keizinanNya aku sekeluarga telah sampai berpijak di kota suci Madinah Al-Munawarah dan Al-Haram, Makkah Al Mukarramah pada 21.3.2011 hingga 4.4.2011
Tidak tergambar dan terungkap dengan kata kata. Pelbagai pengalaman manis dan dugaan yang menguji iman dan khusyu’….justeru kepada Allah jua ku panjatkan pertolongan, naungan, kesyukuran dan keampunan.
Di Madinah….aku dapat mengunjungi Makam Baginda Rasulullah serta Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar….juga dapat masuk ke perkuburan Baq’ei mengkebumikan jenazah manusia pilihan Allah…melihat makam Saidatina Aisyah dan beberapa makam ahli keluarga dan sahabat Rasulullah S.A.W….sungguh hening ..damai..dan menginsafkan
Salam buat Mu Ya Rasulullah…
Medan Uhud dan Makam para Syuhada….membangkitkan semangat untuk berjuang demi Allah demi Rasul dan demi Islam….Salam sejahtera buat Saidina Hamzah dan sahabat…..







Recent Comments